ATAS DASAR SOLIDARITI, PRINSIP KAMI DATANG BERSAMA UNTUK DISIASAT ISU PERHIMPUNAN ‘BUKA PUASA BUKA PARLIMEN’ 

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

اتس داسر سوليدريتي، ڤرينسيڤ كامي داتڠ برسام اونتوق دسياسات ايسو ڤرهيمڤونن ‘بوك ڤواسا بوك ڤرليمين’

‘Berani kerana benar; takut kerana salah’.

Kami secara berkumpulan hadir ke IPD Dang Wangi untuk menghadapi proses siasatan di bawah akta perhimpunan haram kerana menghadiri perhimpunan buka puasa buka Parlimen di hadapan bangunan Parlimen pada 30 april 2021.

Apabila pihak polis telah mengenalpasti keatas lapan orang yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ‘buka puasa buka Parlimen’ depan bangunan Parlimen; kami telah sepakat untuk memikul tanggungjawab ini secara kolektif atas dasar ‘berani kerana benar.’

Kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada hari ini kami akan memberi kenyataan secara perkumpulan termasuk YB Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, YB Sheikh Umar Ali Bagharib, YB Lim Yi Wei, Sharan Raj, Asmaalif Abdul Adam, Tharma Pillai serta diri saya sendiri.

Tindakan kami adalah satu manifestasi bantahan rakyat terhadap kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang telah salahguna kuasa untuk menutup Parlimen Malaysia.

Di luar negara turut mengisytiharkan proklamasi darurat tetapi mereka tidak tutup Parlimen dari bersidang.

Persidangan Parlimen amat penting untuk proses semak imbang khususnya keatas setiap peruntukan serta perbelanjaan kerajaan.

Parlimen adalah nadi utama dan tunggak kepada sistem demokrasi berParlimen.

Sekiranya kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang tidak mempunyai keabsahan untuk mentadbir negara serta takut mereka tumbang seandainya Parlimen dbuka; ini membawa erti kerajaan masakini sudah salah guna kuasa kearah mematikan amalan demokrasi di negara kita yang tercinta ini.

Sebagai warganegara yang bertangunggjawab dan mewakili keseluruhan rakyat jelata yang mahukan sistem demokrasi berParlimen di negara kita dipulihkan; kami tiada pilihan lain kecuali terpaksa menyampaikan hasrat warganegara malaysia melalui perhimpunan secara aman.

Perhimpunan aman ‘buka puasa dan buka Parlimen’ dilakukan secara tertib tanpa unsur provokasi mengikut lunas undang-undang.

Dalam saat kita menghadapi PKP; pihak penganjur demo secara aman ini juga telah berjaya menganjurkan perhimpunan tersebut mengikut garis panduan SOP yang ditetapkan.

Kami hanya ingin menzahirkan hasrat rakyat untuk mempertahakan amalan demokrasi berParlimen di malaysia mengikut lunas undang-undang sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Sesungguhnya juga, kami telah patuh pada undang-undang.

Bukan kami yang perlu disiasat oleh pihak pdrm tetapi yang harus disiasat adalah kerjaan ‘tebuk atap’ PN yang mencabuli undang-undang dan hak rakyat Malaysia.

Sebagai Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan kami berikrar untuk terus lawan bagi menegakkan kebenaran mengikut saluran undang-undang yang diizinkan.

Perkara diambil tindakan secara sekektif keatas kami itu adalah sesuatu yang lumrah dalam politik.

Biarpun kami dihumban ke dalam lokap ataupun penjara demi perjuangan untuk membela rakyat; itulah adalah sesuatu perkara yang cukup ‘enteng’.

LAWAN TETAP LAWAN berteraskan kepada perlembagaan serta kepentingan keseluruhan rakyat Malaysia.

Perjuangan mulia ini akan tetap diteruskan dalam apa cara sekalipun kerana kami berpegang erat pada prinsip keadilan secara tulen.

ATAS DASAR SOLIDARITI, PRINSIP KAMI DATANG BERSAMA UNTUK DISIASAT ISU PERHIMPUNAN ‘BUKA PUASA BUKA PARLIMEN’