Najib cemas dengan pendedahan audio Zahid-Anwar (Pendedahan)

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Dakwaan Najib kononnya kumpulan UMNO 3.0 terdiri daripada “penyokong PPBM” tidak tepat, kerana mereka yang menyokong PPBM terdiri daripada “kumpulan UMNO-BERSATU,” bukannya “UMNO 3.0”

Raggie Jessy Rithaudeen

ءرقمن اءوديو زاهيد-انورء دان ءامنو 3.0ء – اد ڤركارا يڠ نجيب چوبا سليندوڠ

Datuk Seri Najib Tun Razak sedang cuba mengalihkan perhatian akar umbi UMNO daripada kip audio Zahid-Anwar yang mendedahkan sekongkol antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sesiapa yang mendengar klip tersebut akan mendapati ianya bertepatan dengan apa yang saya dedahkan selama ini, iaitu Zahid hanya berpura-pura untuk bersetuju dengan segala desakan para perwakilan UMNO dan akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO.

Pada 30hb Mac 2020, saya menulis:

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi diberi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan bukan disebabkan akar umbi menaruh kepercayaan terhadapnya atau inginkannya kekal sebagai presiden UMNO.

Sebaliknya, mandat itu diberikan setelah Zahid terpaksa tunduk pada kehendak akar umbi dan perwakilan susulan perdebatan dan ucapan pedas oleh pelbagai pihak yang diselindungi dari media dan tidak disiarkan di portal rasmi UMNO.

BACA: ZAHID ADA SEMINGGU

BACA: KU LI: AKAR UMBI SEBENARNYA HARAPKAN SEMUA LETAK JAWATAN SEGERA, TAPI YANG JADI PELIK…

Kemudian, setelah Zahid sendiri mula ‘menyerang’ PPBM dan PAS sambil memberi persepsi seolah-olah beliau mahukan UMNO menarik sokongannnya terhadap Perikatan Nasional serta merta, barulah beliau diberi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan.

Memandangkan perhimpunan agung UMNO berakhir dan tiada ada lagi alasan atau jalan bagi Zahid untuk membeli lebih banyak masa, andai kata beliau tiba-tiba mengumumkan UMNO bersedia menunggu hingga Mei, Jun, Julai atau Ogos, sesuatu akan berlaku.

Desakan dalaman untuk Zahid meletakkan jawatan dan mengadakan pemilihan UMNO sebenarnya sudah bermula, dan jika desakan itu diketepikan, akan berlaku usaha untuk mengadakan EGM dalam masa terdekat.

BACA PEMBONGKARAN PENUH DI SINI

Kita sudah lihat bagaimana desakan ini sudah sampai ke tahap hampir menyeluruh.

Kita dapat lihat bagaimana ianya melibatkan mereka yang tidak menyokong Anwar, PPBM, DAP dan kluster mahkamah, bukan hanya sekadar kumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan terbongkarnya klip perbualan Anwar dan Zahid, akar umbi UMNO dapat menilai sendiri kesahihan pendedahan saya berhubung penipuan Zahid terhadap para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO.

Sudah pasti perkara ini akan memarahkan lagi kepimpinan bahagian dan cawangan, termasuk 12-14 peratus yang masih lagi menyokong Zahid.

Inilah sebabnya Najib tiba-tiba menimbulkan isu “UMNO 3.0.”

Pembongkaran klip Anwar-Zahid bukan hanya merugikan Zahid, ianya turut merugikan Najib, kerana akar umbi UMNO tahu Najib turut terlibat dengan Zahid dalam rundingan bersama dengan Anwar dan DAP.

Najib takut Zahid akan hilang kuasa jika berlaku EGM dan usul pelantikan presiden baharu dibentangkan.

Tanpa UMNO, kedua-dua Najib dan Zahid akan kehilangan platform untuk berunding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke arah menjamin sokongan UMNO terhadap PPBM.

Ya, selama ini, Zahid hanya membeli masa agar Muhyiddin menjadi begitu terdesak sehingga beliau bersetuju untuk memasuki perjanjian “peralihan kuasa” samada dengan Zahid atau Anwar (pendedahan penuh di bawah)

BACA: TERDESAK, MUHYIDDIN MUNGKIN MASUK PERJANJIAN DENGAN ANWAR IBRAHIM

Apa yang Zahid dan Najib inginkan ialah kebebasan mereka, dan jika perkara ini boleh dikecapi menerusi perjanjian tersebut, saya tidak syak lagi Zahid akan mengumumkan kerjasama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Apa pun, dakwaan Najib kononnya kumpulan UMNO 3.0 terdiri daripada “penyokong PPBM” tidak tepat, kerana mereka yang menyokong PPBM terdiri daripada “kumpulan UMNO-BERSATU,” bukannya “UMNO 3.0.”

Hakikatnhya, UMNO 3.0 merujuk kepada aspirasi sekumpulan pemimpin UMNO yang menerima Tun Dr Mahathir Mohamad dan menolak PPBM, DAP, Anwar serta kluster mahkamah.

Ahli-ahli kumpulan ini inginkan Zahid dan Najib berundur secepat mungkin dan berpendapat UMNO perlu dijenamakan semula sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 agar ianya diterma kembali oleh masyarakat Melayu-Islam.

Kumpulan ini adalah antara berbelas-belas kumpulan yang sedang membincangkan kemungkinan diadakan EGM dalam masa terdekat bagi mengusulkan penyingkiran Zahid dan beberapa pemimpin lain dari pucuk pimpinan UMNO.

Apa yang Najib sedang cuba buat ialah mengelirukan UMNO dengan dakwaan kononnya kumpulan UMNO 3.0 ini menyokong PPBM, mungkin untuk memastikan rancangan EGM mereka tidak disokong oleh kepimpinan bahagian dan cawangan.

WAJIB BACA:

Zahid is drowning in his own lies

Najib cemas dengan pendedahan audio Zahid-Anwar (Pendedahan)