PEJUANG: Muhyiddin tiada alasan lagi tangguh sidang parlimen

Muhyiddin Yassin tiada alasan lagi untuk tidak memastikan sidang Parlimen diadakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤجوڠ: محي الدين تياد السن لاڬي تڠڬوه سيدڠ ڤرليمين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) hari ini menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada alasan lagi untuk Muhyiddin tidak mengadakan sidang parlimen mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

Dalam satu kenyataan, parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, titah Yang di-Pertuan Agong bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat membuktikan tiada alasan lagi bagi Muhyiddin melengahkan sidang berkenaan.

PEJUANG turut menegaskan bahawa Muhyiddin tidak layak menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Keabsahan perdana menteri dipertikaikan dan dengan itu beliau tidak lagi layak untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

“Ini telah kami timbulkan semasa perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan proklamasi darurat,” jelasnya.


PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) hari ini menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada alasan lagi untuk Muhyiddin tidak mengadakan sidang parlimen mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

Dalam satu kenyataan, parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, titah Yang di-Pertuan Agong bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat membuktikan tiada alasan lagi bagi Muhyiddin melengahkan sidang berkenaan.

“Muhyiddin Yassin tiada alasan lagi untuk tidak memastikan sidang Parlimen diadakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Di samping itu, kami juga bersependapat dengan pandangan bahawa Yang di- Pertuan Agong tidak perlu mendapat nasihat daripada perdana menteri untuk memanggil sidang parlimen kerana kuasa itu terletak di tangan Seri Paduka Baginda semasa negara dalam tempoh darurat,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Mahathir bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amirudddin Hamzah (Kubang Pasu), Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) dan ahli Dewan Negara Datuk Seri Utama Marzuki Yahya.

Menurut PEJUANG, persidangan parlimen kali ini perlu dijalankan sepenuhnya dan bukannya persidangan sehari seperti dilakukan pada 18hb Mei tahun lalu.

“Persidangan ini perlu mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

“Ini amat penting memandangkan bukan sahaja keabsahan Perdana Menteri dipertikai, malah masalah ekonomi, pandemik Covid-19 dan pentadbiran yang kucar-kacir telah mengakibatkan kesusahan dan keresahan di kalangan rakyat,” katanya.

PEJUANG turut menegaskan bahawa Muhyiddin tidak layak menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Keabsahan perdana menteri dipertikaikan dan dengan itu beliau tidak lagi layak untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

“Ini telah kami timbulkan semasa perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan proklamasi darurat,” jelasnya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menyebut bahawa perkara berkenaan termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

“Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, hari ini.

“Dalam sesi menghadap ini, Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak eksekutif, kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip itu.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri,” katanya.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Titah Agong bukti Muhyiddin sendiri mahu parlimen digantung, bukan Tuanku

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

PEJUANG: Muhyiddin tiada alasan lagi tangguh sidang parlimen