Sudah mula usaha rahsia cantas Zahid melibatkan orang Najib (Pendedahan)

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Untuk makluman, majoriti yang menolak kluster mahkamah dalam UMNO bukannya dari kalangan penyokong PPBM sepertimana yang diwar-warkan oleh Najib kebelakangan ini. Sebaliknya, setelah klip audio rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar bocor, “kumpulan Najib” (rujuk bawah) sekali lagi mengambil kesempatan untuk meyakinkan akar umbi bahawa Najib perlu menggantikan Zahid sebagai presiden UMNO.”

Raggie Jessy Rithaudeen

سوده مولا اوسها رهسيا چنتس زاهيد مليبتكن اورڠ نجيب

Usaha Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu untuk melobi agar Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui semula UMNO agak mengejutkan kerana ianya sejajar dengan satu usaha sulit melibatkan “kumpulan Najib” yang sedang melobi agar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disingkirkan dari jawatan presiden parti.

Pada 3hb Oktober 2020, saya menulis:

Usaha ini pernah digerakkan sebelum penghujung 2018 tetapi terbantut sebelum Zahid dan Najib memasuki gencatan politik dan bersetuju untuk bekerjasama dengan syarat Najib dinamakan sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional apabila parlimen dibubarkan.

Walaubagaimanapun, melihatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapat Najib bersalah atas tujuh tuduhan jenayah, Zahid dikatakan beransur-ansur hilang keyakinannya terhadap kemampuan Najib kembai sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga, kumpulan Najib mula mengesyaki Zahid apabila beliau kerap berurusan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Najib didapati bersalah.

Tindakan syak-mengesyaki ini akhirnya menjurus kepada persefahaman politik melibatkan orang-orang Anwar, Najib dan Zahid, di mana Zahid dan Najib dikatakan bersetuju melepaskan soal pencalonan Perdana Menteri kepada Anwar seandainya Barisan Nasional dan PKR berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Menurut satu versi, orang-orang Najib cuba memasuki satu perjanjian dengan Anwar secara berasingan tetapi akhirnya terpaksa akur bahawa Anwar lebih mempercayai Zahid daripada Najib.

Manakala itu, versi kedua menyatakan bahawa Zahid dan Najib sendiri bersetuju untuk bekerjasama dengan Anwar dan mengerahkan orang-orang mereka untuk mengadakan rundingan dengan presiden PKR itu.

Apa pun, “kumpulan Najib” dari Team A tetap mengambil kesempatan dalam pada ini dengan memberi tekanan kepada Zahid untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional.

Ini dibuat bagi memungkinkan Najib kembali sebagai presiden UMNO sebelum Team A menarik sokongannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Team A mengesyaki Zahid dan Anwar akhirnya akan meminggirkan Najib.

Menurut sumber dalam, kesemua ini dilakukan secara sulit dan begitu teliti agar tidak ada sesiapa mengesyaki (termasuk beberapa orang Najib sendiri) bahawa Najib bersetuju untuk berganding bahu dengan Anwar agar PKR dan Barisan Nasional mampu membentuk kerajaan baharu.

BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Malangnya, akar umbi UMNO kini tahu bahawa Najib dan Zahid bersekongkol dengan Anwar dan bersetuju agar Barisan Nasional memasuki gabungan kerjasama bersama Pakatan Harapan dengan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Menyedari perkara ini dan setelah klip audio rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar bocor, “kumpulan Najib” (rujuk atas) dikatakan sedang cuba meyakinkan akar umbi UMNO bahawa Najib perlu menggantikan Zahid sebagai presiden parti.

Malangnya, usaha terdesak ini tidak akan ke mana, kerana majoriti pemimpin bahagian dan cawangan serta akar umbi UMNO sudah tidak menerima Najib dan Zahid dan inginkan penjenamaan semula UMNO tanpa kluster mahkamah di kedudukan teratas.

Ya, satu Malaysia tahu bahawa kepimpinan Najib dan Zahid merupakan punca sebenar UMNO kalah di Pilihan Raya Umum ke-14, punca perpecahan yang melanda UMNO dan punca parti itu makin ditolak oleh masyarakat Melayu-Islam.

Beberapa bahagian dan cawangan UMNO sudahpun mengadakan mesyuarat tidak rasmi untuk membincangkan kemungkinan diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dengan usul menyingkirkan Zahid sebagai presiden parti dan menggantikannnya dengan seorang yang tidak mempunyai kes mahkamah.

Perkara ini turut dipersetujui oleh beberapa veteran UMNO yang merasakan Najib dan Zahid akan menyebabkan parti itu kalah teruk di Pilihan Raya Umum ke-15, lebih teruk dari yang dijangkakan berdasarkan kajian “big data.”

Untuk makluman, majoriti yang menolak kluster mahkamah dalam UMNO bukannya dari kalangan penyokong PPBM sepertimana yang diwar-warkan oleh Najib kebelakangan ini.

BACA: NAJIB CEMAS DENGAN PENDEDAHAN AUDIO ZAHID-ANWAR (PEMBONGKARAN)

Sebaliknya, mereka merupakan golongan anti-Perikatan Nasional dan anti-Pakatan Harapan dan bertegas bahawa UMNO perlu menarik sokongannya dari kerajaan berkuat kuasa serta merta.

Mereka berpendapat bahawa UMNO perlu diterajui oleh seorang yang mampu menjawat jawatan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan bersama mana-mana parti lain selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

WAJIB BACA:

Najib cemas dengan pendedahan audio Zahid-Anwar (Pendedahan)

Sudah mula usaha rahsia cantas Zahid melibatkan orang Najib (Pendedahan)